Alam,
Izinkan aku seketika bersama
Turut serta dalam kumpulan
Segala tumbuhan tegap melata
Walau kita berlainan
Namun tetap kita hamba Tuhan.
Alam,
Terus kita memuji dan mengagong
Bersama bisik syukur
Mana mungkin aku berada di sini
Tanpa limpahan nikmat
DariMu Tuhan.
Alam,
Terima kasih daun keladi
Aku terpaksa berundur diri
Ada tugas sedang menanti
Sampai masa ketemu lagi...
Friday, November 5, 2010
Monday, May 31, 2010
Siapa kamu?
Mereka menyekat laluan
Mereka menyekat komunikasi
Sesuka hatinya mereka memperlakukan
Mereka sangka kita ini siapa?
Berbagai jenis makhluk dicipta Tuhan
Segala yang di langit, di bumi dan di antaranya
Menyata sujud kepada Pencipta
Namun segelintir spesis kelompok manusia
Masih angkuh mendabik dada
Kejahatan yang mengatasi setiap kejahatan
Kezaliman yang mengatasi setiap kezaliman
Sehingga mengecutkan hati segelintir insan
Namun tak kurang yang terus terbakar
Oleh semangat jihad fisabilillah
Ayuh! Bangunlah sekalian ummat
Usah puas dengan ratap dan linangan air mata
Perbanyakkan doa dan salam perjuangan
Pasti insan teraniaya mendapat khabaran.
Mereka menyekat segala,
Namun mereka tidak sedar kita terus berhubung
Menerusi talian komunikasi yang tidak dapat lihat
Tidak dapat rasai, tidak dapat menekanya
Kerana hati mereka sudah membeku, hati mereka sudah mengeras
Lebih keras daripada batu-batu di gurun sahara,
Lebih beku daripada kiub ais di kutub selatan
Semuanya tidak lagi mampu berbekas.
Tunggulah datangnya suatu saat
Pabila seluruh makhluk dari setiap penjuru alam
Bersiap siaga dan hanya menunggu arahan
Izin tempur daripada Yang Maha Agung.
Tika itu ketahuilah, di bumi mana kamu tumpangi
Di langit mana kamu bumbungi
Betapa sebenarnya kamu hanyalah
Makhluk merempat tidak sedar diri.

Tuesday, May 18, 2010
Melebur dalam cinta abadi
Di laman Rumah-Mu kami bergabung
Melebur dalam cinta abadi
Cahaya Rabbani mula menerangi
Insan-insan datang menyerah diri
Bersama sekeping hati yang mahu disuci
Ampunkanlah kami wahai Yang Maha Pengampun
Terimalah kami sebagai hamba-Mu...
Thursday, May 6, 2010
Bunga Kaum Quraisy
Bunga Kaum Quraisy kembang berseri
Di sebalik tembok mekar mewangi
Menebar harum ke pelusuk negeri
Membuat teruna dibuai mimpi
(Petikan daripada novel Aminah Bunga Kaum Quraisy)
Monday, February 8, 2010
Merpati oh merpati
Berterbangan merpati merai tetamu
tetamu Allah jauh dan dekat
Meriahnya merpati di sana sini
Memerhati merenung tetamu Allah
Bertaburan bijirin ditabur tetamu
Tanda kasih sesama makhluk
Merpati berkumpul kecil dan besar
Menikmati buah tangan istimewa
Bertafakur merpati di hujung menara
Panjang doanya.... semoga dikurniakan haji mabrur!
Sunday, January 3, 2010
Salam persahabatan

Bergugur air mata
Saat kaki menyentuh bumi Haram
Bumi penyimpan seribu satu pengorbanan
Suka duka Rasul SAW dan para sahabat
Kakiku melangkah
Getar mengalir ke seluruh urat nadi
Menebar rasa berkongsi cerita
Inilah bumi yang dilimpahi berkah
Salam persahabatan kami ucapkan
Kepada setiap makhluk ciptaan Allah
Kepada bukit-bukau, batu-batu, pasir-pasir dan angin lalu
Kepada langit dan awan yang sesekali kelihatan berarak tenang
Semoga serasi kita bersama.
Subscribe to:
Comments (Atom)