Sunday, November 15, 2015

Menggunung Rindu

Selama ini
Ia dibiar longgar
Hampir terlerai
Tanpa rasa peduli
Untuk apa semua itu
Manfaat yang tidak terlihat
Entah apa erti hidup
Sendiri terus celaru
Walau di sana ramai
Sekali yang menunggu
Menggunung rindu
Menanti tibanya kamu
Bagi diikat ketat
Biar tidak lagi
Terlepas bebas tanpa
Batas yang menjadi
Sempadan halal
Dan haram
Dalam hidup
Di alam fana ini.

Di sebalik sana

Walau apa jua
Halangan melintang
Di muka jalan
Langkah tidak harus
Terhenti di situ
Atau berpatah pulang
Kerana di sebalik
Apa sahaja
Yang merintangi
Di hujungnya ada
Sesuatu yang
Indah menanti.


Wahai Mentari

Menyapa alam mencari-cari mentari

Mohon murah hati sudilah berkongsi
Sedikit hebat yang dianugerah Ilahi
Kiranya kita saling memberi
Bersama menghargai sepakat memanfaati
Tidaklah sia-sia apabila kelak kembali.