Sunday, March 27, 2016

Kembali Kepada Tuhan

Kembali kepada Tuhan
Penyelesai masalah
Itu lebih mudah
Dari terus dijerat masalah
Yang tak pernah sudah

#Rabbi yaasir wala tuassir#

Saya sayang saya

Saya menyayangi diri saya.
Saya menghargai diri saya.
Saya merai diri saya.
Saya menjaga diri saya.
Siapa saya?

Satu roh satu jasad
Bukan pemilik mutlak
Melainkan diamanah mengurusi
Menggalas tanggung jawab
Di bumi Tuhan


Bagaimana saya menyayangi diri
Bagaimana saya menghargai diri
Bagaimana saya merai diri
Bagaimana saya menjaga diri
Bagaimana saya membawa diri

Sunday, February 14, 2016

Alam

Lembut Angin membisik salam
Awan bergumpal-gumpal menyimpul kasih
Matahari tersenyum menyimbah sinar
Bumi berdehem bertegur sapa.

Tuesday, January 19, 2016

Pokok Cinta Rendang

Pokok cinta rendang
Memberi redup
Memberi kenyang
Memberi damai.

Akarnya kuat
Mencengkam perut bumi
Memahat kukuh
Tanpa gugat.

Buah-buah cinta
Bertebaran berkongsi rasa
Masam manis pahit kelat
Enak tersendiri










Sunday, November 15, 2015

Menggunung Rindu

Selama ini
Ia dibiar longgar
Hampir terlerai
Tanpa rasa peduli
Untuk apa semua itu
Manfaat yang tidak terlihat
Entah apa erti hidup
Sendiri terus celaru
Walau di sana ramai
Sekali yang menunggu
Menggunung rindu
Menanti tibanya kamu
Bagi diikat ketat
Biar tidak lagi
Terlepas bebas tanpa
Batas yang menjadi
Sempadan halal
Dan haram
Dalam hidup
Di alam fana ini.

Di sebalik sana

Walau apa jua
Halangan melintang
Di muka jalan
Langkah tidak harus
Terhenti di situ
Atau berpatah pulang
Kerana di sebalik
Apa sahaja
Yang merintangi
Di hujungnya ada
Sesuatu yang
Indah menanti.


Wahai Mentari

Menyapa alam mencari-cari mentari

Mohon murah hati sudilah berkongsi
Sedikit hebat yang dianugerah Ilahi
Kiranya kita saling memberi
Bersama menghargai sepakat memanfaati
Tidaklah sia-sia apabila kelak kembali.