Cahaya mentari terik memancar
Merai musim kemarau
Bumi kian kering kontang.
Bekas tadahan juga
Tidak berbaki lagi
Semua kering turut berkemarau.
Kepala mendongak ke langit
Menunggu hujan lebat
Sambil memeluk bekas tadahan.
Pabila kemarau berlalu
Hujan turun tidak henti.
Semua jadi sibuk merai.
Gembira hujan turun
Sambil menari berpesta hujan
Bersorak riang usik mengusik.
Hujan lebat berhenti
Semua tertoleh ke sana ke sini
Mencari di mana tercampak bekas tadahan.
Tergolek di tanah bekas tadahan
Tanpa takungan buat bekalan
Apa mahu dibuat sekarang?
Kembali menunggu lagi
Kepala mendongak ke langit
Sambil memeluk bekas tadahan....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment