Saturday, May 18, 2013

Akulah Srikandi itu.


Bagai srikandi di medan tempur
Ligat melibas menghayun senjata

Selangkah mara terus mara
Membuat musuh gementar gerun

Menang kalah bukan soalnya
Itu urusan Maha Perancang

Berjuang habis-habisan
Kerana itu disoal kelak

Di tangan kananku pedang terhunus
Di tangan kiriku menggenggam perisai


Ya
Akulah srikandi itu.


Nusaibah Srikandi Besi




Friday, January 25, 2013

Hujan

Hujan...
Membawa seribu rahmat
Rahmat pembersihan...
Rahmat peringatan...
Rahmat ketenangan...
Rahmat kebahagiaan...
Rahmat kesuburan...

Hujan...
Membasahi bumi
Membangun semula yang hampir mati
Memberi seribu satu harapan
Membelai sepenuh kasih sayang
Walau di mana ia turun

Hujan...
Terus ia mengalir laju
Atau segera diserap bumi
Hanya akurnya kepada Yang Esa
Tanpa kompromi
Patuh....Tunduk

Hujan...
Datangmu membawa peringatan
Mengajar erti sabar
Mengajar erti syukur
Walau hanya setitis sahaja
Hadirnya tetap bersama iringan rahmat Tuhan.



Monday, December 10, 2012

Di sebalik...

Di sebalik timbunan runtuhan itu
Aku terdengar suara tangis bayi
Di sisi ibu yang tidak bernyawa lagi.

Di sebalik kepingan runtuhan itu
Aku terdengar bisikan doa seorang ibu
Di hadapan keluarga gugur syahid.

Di sebalik longgokan runtuhan itu
Aku melihat kanak-kanak tersenyum bangga
Bercerita di sini ibu dan ayahnya syahid dan dia akan menyusul.

Di sebalik ledakan letupan bom itu
Aku melihat kekentalan semangat juang
Tanpa getar walau nyawa jadi tarungan.

Di sebalik debu-debu yang berterbangan itu
Aku melihat wajah-wajah riang anak-anak kecil
Senyum melebar menyambut kami.

Di sebalik kekeringan wilayah dek serangan demi serangan itu
Aku melihat jiwa-jiwa basah dengan zikrullah
Susuksusuk berani mempertahan tanah air.

Allahu Akbar!

Thursday, December 6, 2012

Calon Ahli Syurga


Betapa mereka memuliakan tamu
Menyambut kami tersenyum melebar

Betapa mereka menerima ujian
Tanpa keluh berdukacita

Betapa mereka  di saat berpisah
Eratnya dakapan bersama bisik doa zikrullah

Betapa mereka tika melambai kami
Kata mereka; bertemu kita di masjid Aqsa dan di syurga

Betapa pergantungan hidup dan mati mereka
Hanya Allah. Allah sepenuhnya

Udrub! Udrub! (Serang! Serang!)
Tel Abib! (Tel Aviv-panggilan untuk Yahudi)

Siapakah mereka?
Merekalah calon ahli syurga
Di bumi Ghazza.

Monday, November 19, 2012

Mewangi Darah Syuhada

Bumi barakah semerbak mewangi
Darah syuhada wanita dan pria

Tiupan angin menyebar haruman
Sehingga ke sini, kami merasai

Hebatnya kalian umat terpilih
Yang terpilih cuma

Kami di sini, bergigih melayak diri
Terus berdoa kepada Penguasa

Wahai Penguasa yang Maha Mendengar!
Hantarkan bantuan bala tenteraMu

Sebagaimana tumpasnya Raja Namrud oleh nyamuk.
Sebagaimana bergelimpangan Kaum Tsamud oleh gempa.

Monday, November 5, 2012

Tanpa yuran tanpa bil bulanan

Menyedut udara segar
Tiap detik dan saat
Melepas keluar segala
Kotoran dan debu
Tiap detik dan saat

Rutin hidup yang diamali
Sejak mula hingga kini
Tanpa terlepas walau seminit
Apatah lagi sehari suntuk
Tidak pernah

Namun semua itu percuma
Tanpa catuan
Tanpa bil
Tanpa yuran
Gratis segala

Andaikata bernafas itu
Harus dibayar
Berapakah harganya?
Adakah ia menyamai nilainya?


Maka nikmat Tuhammu yang manakah kamu dustakan?



Monday, October 15, 2012

Tunggu hujan lebat

Cahaya mentari terik memancar
Merai musim kemarau
Bumi kian kering kontang.

Bekas tadahan juga
Tidak berbaki lagi
Semua kering turut berkemarau.

Kepala mendongak ke langit
Menunggu hujan lebat
Sambil memeluk bekas tadahan.

Pabila kemarau berlalu
Hujan turun tidak henti.
Semua jadi sibuk merai.

Gembira hujan turun
Sambil menari berpesta hujan
Bersorak riang usik mengusik.

Hujan lebat berhenti
Semua tertoleh ke sana ke sini
Mencari di mana tercampak bekas tadahan.

Tergolek di tanah bekas tadahan
Tanpa takungan buat bekalan
Apa mahu dibuat sekarang?

Kembali menunggu lagi
Kepala mendongak ke langit
Sambil memeluk bekas tadahan....