
Sesekali ia di atas, sesekali ia di bawah
Namun ia terus berputar
Adakalanya ia terhenti
Itulah putaran pusingan roda
Sesekali ia menghempas, terus ia merubah
Menukar geografi persisiran
Membentuk danau dan muara
Itulah hempasan tempias ombak
Sesekali kelihatannya riang gembira
Sesekali kelihatannya muram dan bersahaja
Persekitan pula turut terkesan olehnya
Itulah kehidupan seorang manusia
Memang menjadi lumrah kehidupan manusia
Tidaklah dikata beriman sebelum diuji
Perkuatlah benteng perkemaskan strategi
Biar langkah tidak kecundang
Setiap peristiwa tidaklah sesia belaka
Adanya rahsia di sebalik kejadian
Hanya yang berfikir sahaja yang mengerti
Dan menghargai setiap pengalaman
Apa jua yg diharungi
Jadikanlah ia pengalaman berharga
Sebagai sempadan teladan hidup
Agar hari ini lebih baik dari semalamnya
Hari-hari terus mendatang
Langkah langkah dihayun berani
Yakinkan diri kuatkan tekad
Mengendong bekal menggalas semangat.
No comments:
Post a Comment